April 3rd, 2009 by admin






Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Tok Pawang mula diasaskan pada tahun 1935. Sebelum merdeka lagi dan ketika itu, ianya hanya menampung 20 orang murid disamping seorang guru.
Pada tahun 1940, bilangan murid bertambah sebanyak 50 orang dengan bilik darjahnya dijadikan darjah satu hingga lima. En. K. V. Suppiah dilantik sebagai guru besar manakala En. Murugesan sebagai guru penolongnya. Sekolah ini ditutup sementara kerana peperangan dunia kedua meletus dimana tentera Jepun berjaya memasuki Tanah Melayu. Setelah tamat peperangan dunia kedua, sekolah tersebut dibuka semula.
Pada tahun 1957, pertambahan penduduk semakin menggalakan hingga bilik-bilik darjah tidak mencukupi. Untuk mengatasi masalah ini, murid-murid yang berada di dalam darjah lima telah dipindahkan ke Sekolah Tamil Harvard Bhg. 1. Hal ini telah menimbulkan kemarahan para ibubapa yang terlibat. Lantaran itu juga bilangan guru bertambah kepada empat orang.
Pada tahun 1961, pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada pagi dan petang. Pada 24 Feb 1964 atas daya usaha Jabatan Pelajaran Kedah, peruntukan sebanyak RM6000 telah diterima dari YB Tan Sri Manikasagam untuk bantuan bagi mendirikan bangunan tambahan. Bangunan tersebut berjaya disiap dan dirasmikan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia, En. Mohd Khir Johari.
Pada tahun 1996, sebuah bangunan yang merupakan rumah-rumah pekerja ladang yang dibina sejak tahun 1953 telahdiubah suai untuk menjadikan bilik-bilik darjah dimana ramai murid dari ladang Sungai Tok Pawang Bhg. 2 datang untuk belajar di sini. Kini jumlah murid meningkat kepada 220 orang.
Pada tahun 1972, En. K. V. Suppiah, Guru Besar ketika itu telah bersara dan En. Vellasamy telah dilantik menggantikan beliau.
Pada tahun 1986, pihak Jabatan Pelajaran Kedah telah membenarkan SJK (Tamil) Sungai Tok Pawang menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Tok Pawang atas sebab pencemaran alam sekitar di kawasan sekolah. Sekolah ini masih meneruskan usahanya untuk mendapatkan tapak bangunan baru.
Namun, pada 2hb April 2009, impian yang disimpan berpuluh tahun (lebih 23 tahun) menjadi kenyataan. Kerajaan Negeri Kedah dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Ust. Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Negeri Kedah telah merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi membawa era baru dalam episod pembangunan sekolah dan murid-murid bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sg. Tok Pawang, Bedong.
Bedong, Hindu, India, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan PAS, SJK Tamil Sg. Tok Pawang, Tamil, YAB Dato Seri Azizan Abd. Razak, YAB Menteri Besar Kedah