Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

Kursus EM di Kampung Gajah Mati, Pendang

March 22nd, 2010 by admin

Alhamdulillah, satu lagi kursus EM telah selamat dijalankan di Kg. Gajah Mati, Pendang.  Seramai 18 orang peserta - semuannya komited dan terdedah dengan pertanian telah hadir sama-sama berkongsi pengalaman dalam menghasilkan EM.  Seperti biasa, 3 jenis EM telah dihasilkan iaitu EM Buah, EM Sayur dan EM Serangga.  Peserta juga telah ditunjuk ajar kaedah menyediakan kompos menggunakan EM yang boleh digunakan dalam tempoh seminggu.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan.  Soalan-soalan dari peserta juga agak mencabar dan cukup memberangsangkan.

Semoga cita-cita Kerajaan Negeri seperti yang diimpikan oleh YAB Menteri Besar untuk mengekalkan kaedah pertanian organik dapat diteruskan dengan jayanya.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , ,

Kursus EM ke 2 di perkarangan Masjid Kg. Sungai Kechil Hulu, Bandar Baharu, Kedah

February 21st, 2010 by admin

Alhamdulillah.

Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. telah menyemarakkan lagi kempen “Memasyarakatkan Pertanian Organik” dengan sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Pembuatan EM-Kaedahan Penghasilan & Perlaksanaan.

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta termasuk ibu-ibu yang datang bersama anak-anak mereka.  Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang Pengarah anak-anak syarikat Kumpulan Kedah Agro.  YB Adun Bandar Baharu, Hj. Yaakub Hussein telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan pembukaan majlis ini.

Peserta yang datang dari pelbagai latarbelakang telah bersama-sama terlibat didalam menyediakan bahan seterusnya menyiapkan kerja-kerja pembuatan EM ini dengan cukup baik.  Pelbagai soalan telah dikemukakan oleh peserta dan semuannya telah dijawab oleh jurulatih EM Kedah Agro.

Pihak Kedah Agro akan kembali lagi dalam jangkamasa 3-4 minggu bagi memantau EM yang dihasilkan.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Projek Memasyarakatkan Pertanian Organik di Kampung Sungai Pau, Daerah Sik

February 1st, 2010 by admin

Satu program memasyarakatkan Pertanian Organik melalui Bengkel Pembuatan EM (Effective Microorganism) yang dianjurkan oleh Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. telah diadakan pada 30 Januari 2010 di Pusat Pembangunan Komuniti Kampung Sungai Pau, Sik, Kedah. Program yang telah berlangsung selama empat jam iaitu bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang ini telah dihadiri oleh para peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dari pelbagai usia dan latar belakang.

Kehadiran dua orang Ahli Lembaga Pengarah Kedah Agro Biotech iaitu YB. Ustaz Hj. Yahya Bin Abdullah dan En. Mohd Khairi Bin Salleh turut mengikuti progam ini dari mula dan memantau perjalanan program bengkel Pembuatan EM ini. Taklimat ringkas mengenai tujuan pembuatan EM ini telah diterangkan secara ringkas oleh En Shahrul dari Kedah Agro. Beliau turut dibantu oleh En. Mohd Azman Bin Mohamad dan En. Mohd Zahili Bin Rosudin. Selain itu juga, tiga tenaga siswazah dari Skim GEMS iaitu Nur Syahirah Binti Azizan, Zuzilawati Binti Samsu dan Khoirun Nisa Binti Mahmud turut juga dibawa menyertai Bengkel Pembuatan EM agar teknik pembuatan EM yang betul dan berkesan dapat didedahkan kepada para siswazah tersebut.

Sebelum bermulanya Bengkel Pembuatan EM, penduduk setempat ini telah dibekalkan dengan nota berkaitan dari Kedah Agro yang meliputi info-info cara pembuatan serta peringkat-peringkat pembuatan EM bagi tujuan pembacaan, gambaran dan memudahkan pemahaman mengenai EM yang mana nota tersebut merupakan nota yang mudah difahami oleh setiap lapisan umur.

Melalui Bengkel Pembuatan EM ini, penduduk kampung telah diajar dan didedahkan dengan empat jenis atau kaedah pembuatan EM iaitu EM Serangga, EM Sayuran / Daun, EM Buah-Buahan dan EM Baja Kompos. Keempat-empat kaedah EM ini merupakan kaedah yang murah, mudah dan efektif yang boleh digunakan oleh penduduk setempat bagi membolehkan pokok-pokok atau buah-buahan mereka membesar dengan lebih cepat, sihat, bebas dari makhluk perosak dan mendapat hasil yang lebih lumayan.

Bahan-bahan yang akan digunakan dikumpulkan di satu kawasan yang lapang agar proses pembuatan ini menjadi lebih mudah, cepat dan berkesan. Proses pembuatan EM ini dilakukan secara berperingkat dan tersusun. Pada mulanya, proses pembuatan EM Serangga dilakukan, diikuti degan EM Sayuran / Daun, EM buah-Buahan dan akhir sekali EM Baja Kompos.

Malis penutupan bekas simpanan EM ini telah disempurnakan oleh YB. Hj. Yahya Bin Abdullah dan disaksikan oleh para peserta yang berkursus.

Share/Save/Bookmark

, , , , , ,

RSS Feed