Kedah Agro Biotech memasyarakatkan pertanian organik di Kampung Telaga Batu
May 18th, 2010 by admin
peserta sedang diberikan taklimat
bahan-bahan yang disediakan oleh peserta
membuat campuran bahan-bahan kedalam air
peserta sedang mempelajari campuran kompos menggunakan EM
mengaul baja kompos
menutup bekas pemeraman EM
peserta bergambar ramai
Program Memasyarakatkan Pertanian Organik melalui Bengkel Pembuatan Baja EM (Effective Microorganisme) dibawah kelolaan Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. pada 15 Mei 2010 yang lalu bertempat di Kampung Telaga Batu, Sik, Kedah merupakan siri kelima yang telah dianjurkan.
Bengkel Pembuatan EM ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang mempunyai latarbelakang mengendalikan kebun dan mengusahakan pelbagai jenis tanaman.
Seperti kursus-kursus yang lepas, para peserta dikehendaki meyediakan bahan-bahan asas pembuatan EM yang terdiri dari hasil tanaman yang tidak boleh digunakan dan yang terdapat di kawasan sekeliling mereka. Bahan-bahan ini akan diproses semula dan bakal diberi nilai tambah apabila ianya siap menjadi EM nanti.
Bengkel Pembuatan Baja EM kali ini agak unik dari segi lokasinya kerana ianya dilakukan berhampiran rumpunan buluh dan berdekatan dengan anak sungai. Rumpunan buluh merupakan lokasi yang amat sesuai untuk proses pembuatan EM kerana dipersekitarannya terdapat pelbagai lactobacillus yang boleh digabungkan dalam penghasilan EM.
Kalau tiada aral melintang, pada 15 Jun 2010 nanti, kita akan melihat hasil produk EM dari Kampung Telaga Batu ini, EM Sayuran, EM Buahan, EM Penghalau Serangga dan Baja Kompos EM.
Nur Syahirah Azizan, Pelatih GEMS
- No Comments »
- Posted in Aktiviti KAH, Berita Agro, Berita Agro Kedah, EM, Kedah Agro Biotech, organik























