Lawatan YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak ke sangkar ikan Talapia di Pulau Banding
February 2nd, 2010 by admin
Hj. Anuar Tahir, Ketua Eksekutif Kumpulan Kedah Agro dan En. Wan Kharizal Wan Khazim, Pengurus Besar Kumpulan Kedah Agro telah mengiringi lawatan YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ke Pusat Penternakan Ikan Talapia di Tasik Banding, Perak. Pusat Penternakan Ikan Talapia ini diusahakan oleh sebuah syarikat kerjasama diantara Malaysia dan Norway - Trapia (M) Sdn. Bhd.
Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Dato’ Haji Amiruddin Hamzah, Pengerusi JK Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan, pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar, Jabatan Perikanan dan para usahawan.
Setelah diberikan taklimat mengenai projek ini,YAB Menteri Besar dan anggota rombongan telah dibawa melihat sangkar terapung yang terletak didalam kawasan Tasik Banding serta melawat pusat Nurseri bagi projek pemeliharaan ikan talapia ini yang terletak berdekatan.
- No Comments »
- Posted in Ikan Darat, Lawatan Kerja, Staf KAHB










