Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

Lawatan YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak ke sangkar ikan Talapia di Pulau Banding

February 2nd, 2010 by admin

Hj. Anuar Tahir, Ketua Eksekutif Kumpulan Kedah Agro dan En. Wan Kharizal Wan Khazim, Pengurus Besar Kumpulan Kedah Agro telah mengiringi lawatan YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ke Pusat Penternakan Ikan Talapia di Tasik Banding, Perak.  Pusat Penternakan Ikan Talapia ini diusahakan oleh sebuah syarikat kerjasama diantara Malaysia dan Norway - Trapia (M) Sdn. Bhd.

Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Dato’ Haji Amiruddin Hamzah,  Pengerusi JK Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan, pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar, Jabatan Perikanan dan para usahawan.

Setelah diberikan taklimat mengenai projek ini,YAB Menteri Besar dan anggota rombongan telah dibawa melihat sangkar terapung yang terletak didalam kawasan Tasik Banding serta melawat pusat Nurseri bagi projek pemeliharaan ikan talapia ini yang terletak berdekatan.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , ,

Menghadiri Majlis Rumah Terbuka YAB Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon

September 25th, 2009 by PRO Kedah Agro

Kakitangan Kedah Agro bergambar dengan jejaka-jejaka tampan berbaju biru cair (penganjur majlis)

Ketua Eksekutif Kedah Agro, Haji Anuar Tahir turut hadir di Seri Mentaloon

Rombongan Kedah Agro Holdings bergambar bersama YAB Menteri Besar Kedah.

Foto kenangan di hadapan bangunan utama Seri Mentaloon

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Lawatan ke Stesen Penyelidikan Mangga, Kuala Sala

April 30th, 2009 by admin

YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Dato Seri Ust. Azizan Abd. Razak telah sudi meluangkan masa untuk melawat Stesen Penyelidikan Mangga Kuala Sala yang terletak dibawah kendalian Jabatan Pertanian Negeri Kedah pada 30hb April yang lalu.

Dalam lawatan ini, YAB Menteri Besar telah diberikan taklimat mengenai klon-klon mangga yang terdapat didalam kawasan penyelidikan ini serta bagaimana proses penanaman dan kawalan tumbuhan tersebut dilakukan.  Mereka yang hadir turut berpeluang untuk menjamu selera dengan buah mangga yang dihidangkan.

Kehadiran YAB Menteri Besar menunjukkan komitmen beliau terhadap usaha untuk membantu para penanam mangga di seluruh negeri Kedah memasarkan buah-buahan mereka ke pasaran dengan lebih gigih lagi.

Haji Mohd Anuar Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Holdings, Haji Yaacob Awang Ahmad, Pengarah Urusan Kedah Agro Cashcrop dan En. Wan Kharizal Wan Khazim, Pengurus Besar Kumpulan Kedah Agro, Operasi dan Sumber Manusia telah hadir mewakili Kumpulan Kedah Agro Holdings Berhad.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , , , ,

RSS Feed