Kursus EM ke 2 di perkarangan Masjid Kg. Sungai Kechil Hulu, Bandar Baharu, Kedah
February 21st, 2010 by admin
Alhamdulillah.
Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. telah menyemarakkan lagi kempen “Memasyarakatkan Pertanian Organik” dengan sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Pembuatan EM-Kaedahan Penghasilan & Perlaksanaan.
Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta termasuk ibu-ibu yang datang bersama anak-anak mereka. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang Pengarah anak-anak syarikat Kumpulan Kedah Agro. YB Adun Bandar Baharu, Hj. Yaakub Hussein telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan pembukaan majlis ini.
Peserta yang datang dari pelbagai latarbelakang telah bersama-sama terlibat didalam menyediakan bahan seterusnya menyiapkan kerja-kerja pembuatan EM ini dengan cukup baik. Pelbagai soalan telah dikemukakan oleh peserta dan semuannya telah dijawab oleh jurulatih EM Kedah Agro.
Pihak Kedah Agro akan kembali lagi dalam jangkamasa 3-4 minggu bagi memantau EM yang dihasilkan.










