Kursus Pembuatan EM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang
May 9th, 2010 by admin


Bengkel ini dipengerusikan oleh En. Ahmad Sofi Bin Yob yang merupakan Guru Penasihat Kelab di sekolah berkenaan. Selain itu, turut hadir ialah Penyelia Sesi Petang En Sani bin Ibat yang turut sama memberi sokongan dan galakkan. Program ini mendapat kerjasama baik dari semua pihak apabila guru dan pelajar turut menyediakan peralatan seperti pisau, tong dan sebagainya manakala ramuan utama seperti tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan yang diperlukan turut dikumpul dengan kerjasama dan muafakat untuk menjayakan program ini.
Sepanjang bengkel dijalankan terdapat pelbagai persoalan yang diajukan oleh guru dan juga pelajar sebagai tanda bahawa mereka sebenarnya berminat terhadap pertanian organik tetapi belum mendapat pendedahan yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu. Dengan adanya bengkel ini, sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang dialami. Pihak penganjur pula boleh mengkaji lagi kelebihan yang ada dalam pembuatan EM untuk mendapat hasil yang lebih baik. Bagi para pelajar pula, bengkel ini merupakan satu kelebihan kepada mereka untuk membawa halatuju pada masa hadapan dan juga menarik minat mereka untuk terlibat dalam pertanian organik dengan menghasilkan baja dan vitamin @ tonik untuk tanaman tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Sekian.
Zuzilawati Samsu, Pelatih PR
- Posted in Aktiviti KAH, Kedah Agro Biotech













