Seminar Pengurusan Ladang anjuran Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd.
March 15th, 2010 by admin

Alhamdulillah, Seminar Pengurusan Ladang anjuran Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd. telah selamat dilaksanakan. Peserta seminar terdiri dari pengusaha tanaman, peladang-peladang persendirian dan ketua unit peladang kawasan serta pekebun yang telah disenarai pendek. Seminar setengah hari ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Pengarah Urusan Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd., Dato’ Haji Mohd Muslim Othman.
Empat kertas kerja telah dibentangkan oleh anak-anak syarikat Kedah Agro Holdings, iaitu Kedah Agro Plantations (Kelapa Sawit), Kedah Agro Livestock (Penternakan Lembu, Fidlot dan peluang penternakan), Kedah Agro Cashcrop (Betik, Nanas, Pisang & Jagung). Satu lagi kertas kerja dibentangkan oleh Koperasi Bumi Hijau Kedah Berhad (Penggunaan Baja Organik).
Ketika sesi soal jawab, pelbagai pandangan dan maklumbalas telah diterima antaranya ialah cadangan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar dan lombong serta tanah kurnia kerajaan dan tanah belia yang kosong. Kedah Agro berjanji untuk membuat tindakan susulan dan memaklumkan kepada para peserta hasilnya dalam kadar yang segera.
Program ini juga dapat memaklumkan kepada para peserta mengenai perkembangan dan maklumat terkini mengenai Kedah Agro Holdings Berhad.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 dan berakhir pada 1.30 petang ini telah dihadiri oleh peserta seramai 27 orang.
- Posted in Aktiviti KAH













ingin mencari peluang dalam penanaman tebu secara sewa beli/pajakan tanah terbiar yang ada.
sekian terima kasih