Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

RAPAT II selamat dilangsungkan

May 25th, 2010 by admin

Sesi latihan kerjasama berkumpulan bagi tahun 2010 yang lebih dikenali sebagai RAPAT II telah selamat dijalankan dan telah dihadiri oleh semua staf yang komited dan bertanggungjawab.

Gambar-gambar dan aktiviti dari RAPAT II akan menyusul kemudian.

Share/Save/Bookmark

, , ,

Kedah Agro Biotech memasyarakatkan pertanian organik di Kampung Telaga Batu

May 18th, 2010 by admin

peserta sedang diberikan taklimat

bahan-bahan yang disediakan oleh peserta

membuat campuran bahan-bahan kedalam air

peserta sedang mempelajari campuran kompos menggunakan EM

mengaul baja kompos

menutup bekas pemeraman EM

peserta bergambar ramai

Program Memasyarakatkan Pertanian Organik melalui Bengkel Pembuatan Baja EM (Effective Microorganisme) dibawah kelolaan Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. pada 15 Mei 2010 yang lalu bertempat di Kampung Telaga Batu, Sik, Kedah merupakan siri kelima yang telah dianjurkan.

Bengkel Pembuatan EM ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang mempunyai latarbelakang mengendalikan kebun dan mengusahakan pelbagai jenis tanaman.

Seperti kursus-kursus yang lepas, para peserta dikehendaki meyediakan bahan-bahan asas pembuatan EM yang terdiri dari hasil tanaman yang tidak boleh digunakan dan yang terdapat di kawasan sekeliling mereka. Bahan-bahan ini akan diproses semula dan bakal diberi nilai tambah apabila ianya siap menjadi EM nanti.

Bengkel Pembuatan Baja EM kali ini agak unik dari segi lokasinya kerana ianya dilakukan berhampiran rumpunan buluh dan berdekatan dengan anak sungai. Rumpunan buluh merupakan lokasi yang amat sesuai untuk proses pembuatan EM kerana dipersekitarannya terdapat pelbagai lactobacillus yang boleh digabungkan dalam penghasilan EM.

Kalau tiada aral melintang, pada 15 Jun 2010 nanti, kita akan melihat hasil produk EM dari Kampung Telaga Batu ini, EM Sayuran, EM Buahan, EM Penghalau Serangga dan Baja Kompos EM.

Nur Syahirah Azizan, Pelatih GEMS

Share/Save/Bookmark

, , , ,

Kursus Pembuatan EM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang

May 9th, 2010 by admin

taklimat diberikan oleh penyelia petang
taklimat kepada Guru-guru yang hadir
rajinnya memotong…
pokok tutup bumi dan sayuran terbuang boleh dimanfaatkan
buahan yang terlalu masak dan rosak adalah antara ramuannya
kacau sehingga sebati
Ramuan EM yang sudah siap untuk diperam
Tong peraman disimpan ditempat yang redup dan tidak terlalu panas
semua peserta bergambar ramai…
Alhamdulillah,  pada 8 Mei yang lalu sekali lagi tim Kedah Agro Biotech Sdn.Bhd turun padang melalui kempen ‘Memasyarakatkan Pertanian Organik’ bertempat di  Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang. Bengkel Pembuatan Em ini merupakan siri ke-4 selepas siri sebelumnya iaitu di Kg. Sg. Pau,Sik, Kg. Sg. Kechil Ulu, Bandar Baharu dan siri ke-3 pula di Kg. Gajah Mati, Pendang dijalankan dengan jayanya. Siri terbaru ini mempunyai kelainan kerana peserta yang hadir mencecah angka 70 orang yang juga terdiri daripada pelajar sekolah dan 11 orang guru dibawah kelab masing-masing. Berbeza dengan kempen sebelum ini melibatkan peserta yang terdiri daripada kalangan orang kampung dan petani-petani dan hanya mencecah 30 orang.

Bengkel ini dipengerusikan oleh En. Ahmad Sofi Bin Yob yang merupakan Guru Penasihat Kelab di sekolah berkenaan. Selain itu, turut hadir ialah Penyelia Sesi Petang  En Sani bin Ibat yang turut sama memberi sokongan dan galakkan.  Program ini mendapat kerjasama baik dari semua pihak apabila guru dan pelajar turut menyediakan peralatan  seperti pisau, tong dan sebagainya manakala ramuan utama seperti tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan yang diperlukan turut dikumpul dengan kerjasama dan muafakat untuk menjayakan program ini.

Sepanjang bengkel dijalankan terdapat pelbagai persoalan yang diajukan oleh guru dan juga pelajar sebagai tanda bahawa mereka sebenarnya berminat terhadap pertanian organik tetapi belum mendapat pendedahan yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu. Dengan adanya bengkel ini, sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang dialami. Pihak penganjur pula boleh mengkaji lagi kelebihan yang ada dalam pembuatan EM untuk mendapat hasil yang lebih baik. Bagi para pelajar pula, bengkel ini merupakan satu kelebihan kepada mereka untuk membawa halatuju pada masa hadapan dan juga menarik minat mereka untuk terlibat dalam pertanian organik dengan menghasilkan baja dan vitamin @ tonik untuk tanaman tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Sekian.

Zuzilawati Samsu, Pelatih PR

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Selamat Datang ke Kedah Agro

May 3rd, 2010 by admin

Pucuk Hijau mengalu-alukan penyertaan Ir. Mohamad Asri bin Pazil, Pengurus Projek di Kedah Agro Livestock Sdn. Bhd. ke keluarga besar Kedah Agro Holdings Berhad.

Beliau telah berumahtangga dengan seorang pensyarah di sebuah Kolej Matrikulasi di Changlun dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata. Beliau yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Jentera ini telah berkhidmat selama hampir 21 tahun di Sime Tyre  dan turut terlibat aktif dialam persatuan Jurutera Malaysia.

Selamat Datang!

Share/Save/Bookmark

, , , ,

RSS Feed