Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

Kuliah 4.15 - Etika Menjawab Telefon

April 9th, 2010 by admin

Satu kuliah singkat dan bersifat dalaman telah diadakan untuk kakitangan Kedah Agro.  Kuliah ini berkisar kepada Etika Menjawab Telefon.  Kuliah ini telah disampaikan oleh Pengurus Jabatan Perhubungan Awam Kedah Agro sendiri.

Share/Save/Bookmark

, , ,

Ladang Nenas Kedah Agro Cashcrop di Laka Temin, Kubang Pasu

April 6th, 2010 by admin

Ketua Eksekutif Kumpulan Kedah Agro, Haji Anuar Tahir telah melawat Ladang Nenas Kedah Agro Cashcrop yang berkeluasan lebih 50 ekar  yang terletak di Laka Temin, Kubang Pasu.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Urusan Kedah Agro Livestock, Tn. Haji Abdullah Osman.

Mereka telah disambut oleh kakitangan Kedah Agro Cashcrop yang diketuai oleh Pengarah Urusannya sendiri, Hj. Yaccob Awang Ahmad.

Kesemua yang hadir telah berpeluang untuk menanam sulur nenas sebagai merasmikan projek penanaman nenas Kedah Agro Cashcrop di Laka Temin.

Syabas diucapkan kepada Kedah Agro Cashcrop Sdn. Bhd.

Share/Save/Bookmark

, , , ,

Lawatan Ketua Eksekutif ke tapak Pusat Kuarantin di Bukit Kayu Hitam

April 6th, 2010 by admin

Ketua Eksekutif Kedah Agro telah melakukan satu lawatan ke Tapak Projek Kuarantin, Pengumpulan dan Penjualan Lembu Daging.

Lawatan ini turut diiringi oleh Pengarah Urusan Kedah Agro Livestock - Haji Abdullah Osman dan Pengarah Urusan Kedah Agro Cashcrop - Haji Yaacob Awang Ahmad.

Share/Save/Bookmark

, , , ,

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek-projek Kumpulan Kedah Agro

April 5th, 2010 by admin

 

Kumpulan Kedah Agro melangkah setapak lagi dengan termetrainya tiga perjanjian usahasama diantara anak-anak syarikat Kedah Agro dan rakaniaga  mereka.  Perjanjian bersejarah ini telah disaksikan oleh YB Ir. Dato’ Haji Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang hadir mewakili YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

Perjanjian pertama ialah Perjanjian usahasama diantara Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd. dengan peserta Projek Pembangunan Tanah Kg. Teluk Sera.  Projek ini membabitkan peserta yang terdiri dari penduduk kampung yang bersedia untuk membangunkan tanah-tanah terbiar mereka dengan tanaman komoditi yang akan diuruskendalikan oleh Kedah Agro Plantations. 

Perjanjian kedua pula ialah Perjanjian Usahasama Dan Perjanjian Pemegang-pemegang Saham diantara Kedah Agro Livestock dengan syarikat Green Agro Sdn. Bhd. bagi projek Pusat Kuarantin, Pengumpulan dan Penjualan Lembu Daging.  Projek yang terletak di Bukit Kayu Hitam ini turut membabitkan pembinaan sebuah rumah penyembelihan serta padang ragut yang luas.  Kewujudan projek ini pastinya menjadi pemangkin kepada aktiviti penternakan lembu di negeri Kedah nanti.

Manakala perjanjian ketiga pula ialah Perjanjian Usahasama Dan Perjanjian Pemegang-pemegang Saham diantara Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd. dengan syarikat Golden Protection Sdn. Bhd. bagi Projek Sangkar Laut Terbuka yang terletak di Zon Industri Akuakultur, Pulau Langkawi. 

Adalah diharapkan projek-projek ini semuanya dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberikan pulangan yang terbaik kepada rakyat dan negeri ini.  Juga diharapkan ianya dapat diurus tadbir dengan jujur dan amanah bagi merealisasikan konsep Kedah Sejahtera yang sentiasa seiring dengan seruan Al Quran - baldatun toyyiban wa rabbun ghaffurrun.

Kedah Agro juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Wisma Darul Aman yang memberikan kerjasama baik sepanjang program berjalan. 

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=487846&cat=ut

 

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , ,

RSS Feed