Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

Kursus EM di Kampung Gajah Mati, Pendang

March 22nd, 2010 by admin

Alhamdulillah, satu lagi kursus EM telah selamat dijalankan di Kg. Gajah Mati, Pendang.  Seramai 18 orang peserta - semuannya komited dan terdedah dengan pertanian telah hadir sama-sama berkongsi pengalaman dalam menghasilkan EM.  Seperti biasa, 3 jenis EM telah dihasilkan iaitu EM Buah, EM Sayur dan EM Serangga.  Peserta juga telah ditunjuk ajar kaedah menyediakan kompos menggunakan EM yang boleh digunakan dalam tempoh seminggu.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan.  Soalan-soalan dari peserta juga agak mencabar dan cukup memberangsangkan.

Semoga cita-cita Kerajaan Negeri seperti yang diimpikan oleh YAB Menteri Besar untuk mengekalkan kaedah pertanian organik dapat diteruskan dengan jayanya.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , ,

Seminar Pengurusan Ladang anjuran Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd.

March 15th, 2010 by admin

Alhamdulillah, Seminar Pengurusan Ladang anjuran Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd. telah selamat dilaksanakan.  Peserta seminar terdiri dari pengusaha tanaman, peladang-peladang persendirian dan ketua unit peladang kawasan serta pekebun yang telah disenarai pendek.  Seminar setengah hari ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Pengarah Urusan Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd., Dato’ Haji Mohd Muslim Othman.

Empat kertas kerja telah dibentangkan oleh anak-anak syarikat Kedah Agro Holdings, iaitu Kedah Agro Plantations (Kelapa Sawit), Kedah Agro Livestock (Penternakan Lembu, Fidlot dan peluang penternakan), Kedah Agro Cashcrop (Betik, Nanas, Pisang & Jagung).  Satu lagi kertas kerja dibentangkan oleh Koperasi Bumi Hijau Kedah Berhad (Penggunaan Baja Organik).

Ketika sesi soal jawab, pelbagai pandangan dan maklumbalas telah diterima antaranya ialah cadangan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar dan lombong serta tanah kurnia kerajaan dan tanah belia yang kosong.  Kedah Agro berjanji untuk membuat tindakan susulan dan memaklumkan kepada para peserta hasilnya dalam kadar yang segera.

Program ini juga dapat memaklumkan kepada para peserta mengenai perkembangan dan maklumat terkini mengenai Kedah Agro Holdings Berhad.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 dan berakhir pada 1.30 petang ini telah dihadiri oleh peserta seramai 27 orang.

 

Share/Save/Bookmark

, , , ,

EKSPEN 2010 - Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

March 7th, 2010 by PRO Kedah Agro

Kedah Agro telah diwakili oleh Pengurus Perhubungan Awamnya, En. Mohd Shahrulazilan ke Ekspo Ke rjaya anjuran Unit Kerjaya dan Unit Kaunseling USM.

Kedah Agro telah membawa tajuk - “Industri Agrotani Menanti Anda” untuk dikongsi bersama adik-adik mahasiswa USM.  Latarbelakang dan perkembangan terkini Kedah Agro telah dimaklumkan terutamanya didalam usaha-usaha membantu para petani dan orang kampung seperti projek penternakan Ikan Keli, pusat pengumpulan buah-buahan dan memperkasa pertanian organik.  Dasar dan halatuju pertanian Negeri Kedah kearah Kedah Sejahtera juga turut dikupas dan dibentangkan.

Sesi soal jawab juga rancak dengan pelbagai soalan yang telah diajukan kepada penceramah.  Kedah Agro mendoakan agar semua peserta tahun akhir yang hadir didalam program tersebut mendapat tempat kerja yang bersesuaian dengan bakat dan kelulusan mereka.

PRO Kedah Agro

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Temui Kedah Agro di Pesta Kesenian Islam 2010 di Kolej Universiti Insaniah Malaysia, Alor Setar, Kedah

March 4th, 2010 by admin

 

Kedah Agro Holdings telah membuka “booth” di Pesta Kesenian Islam 2010.

Pesta ini turut memuatkan Pameran Artifak Islam Turki yang terdiri daripada pelbagai gambar-gambar mengenai peninggalan Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiien.

Pesta yang mendapat sokongan dari Kerajaan Turki dan Kerajaan Negeri Kedah ini merupakan yang julung-julung kali diadakan dinegeri Kedah Darul Aman ini.

Mai jangan tak mai…

Share/Save/Bookmark

, , ,

RSS Feed