February 27th, 2010 by PRO Kedah Agro
Kedah Agro telah menghantar pasukan pemasaran jusnya ke Karnival Kedah Sejahtera yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 25 Februari hingga 28 Februari 2009 yang lalu.
Jus Kedah Agro mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai yang berkunjung ke Karnival ini dan jualan sangat rancak disebelah malamnya.





Sekian laporan dari PR Kedah Agro
Jus Kedah Agro, KAHB, Karnival Kedah Sejahtera, Kedah, Kedah Agro, Parlimen Pokok Sena
February 21st, 2010 by admin
Alhamdulillah.
Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. telah menyemarakkan lagi kempen “Memasyarakatkan Pertanian Organik” dengan sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Pembuatan EM-Kaedahan Penghasilan & Perlaksanaan.
Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta termasuk ibu-ibu yang datang bersama anak-anak mereka. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang Pengarah anak-anak syarikat Kumpulan Kedah Agro. YB Adun Bandar Baharu, Hj. Yaakub Hussein telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan pembukaan majlis ini.
Peserta yang datang dari pelbagai latarbelakang telah bersama-sama terlibat didalam menyediakan bahan seterusnya menyiapkan kerja-kerja pembuatan EM ini dengan cukup baik. Pelbagai soalan telah dikemukakan oleh peserta dan semuannya telah dijawab oleh jurulatih EM Kedah Agro.
Pihak Kedah Agro akan kembali lagi dalam jangkamasa 3-4 minggu bagi memantau EM yang dihasilkan.





EM, KAHB, Kedah Agro, Kedah Agro Biotech, Kedah Sejahtera, Kuman Baik, Masjid Sungai Kechil, Mohd Khairi Salleh
February 20th, 2010 by admin

Kedah Agro Holdings mengalu-alukan kakitangan baru Kedah Agro Holdings, En. Mohd Rashid Samsudin - Eksekutif Operasi.
Beliau mula bertugas pada 16hb Februari 2010. Sebelum ini beliau pernah membuat latihan praktikal selama 2 minggu di Kedah Agro.
Selamat Maju Jaya, En. Rashid!
KAHB, Kedah Agro, Staf KAHB