Selamat Menyambut Hari Raya Qurban 1430
- 1 Comment »
- Posted in Dunia
November 19th, 2009 by admin
14 November 2009 - ALOR SETAR - Seminar Nanas Varieti MD2 anjuran Kumpulan Kedah Agro bertempat di INSPIN, telah berjalan lancar seperti yang dirancang.. Lebih dari 150 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latarbelakang telah hadir memeriahkan seminar yang diadakan.
Ucapan perasmian telah diberikan oleh Ketua Eksekutif Kedah Agro, Hj. Mohd Anuar Tahir. Beliau memaklumkan kepada para peserta aktiviti dan perancangan Kedah Agro.
Seminar setengah hari ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para penanam nanas yang sedia ada dan juga kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang penanaman nanas tentang varieti terbaru yang mendapat sambutan hangat dipasaran iaitu Nanas Varieti MD2.
Dalam seminar ini juga, para peserta didedahkan dengan teknologi terkini yang digunapakai dalam industri penanaman nanas. Teknologi kultur tisu adalah antara yang disentuh, pembentangan mengenai teknologi ini telah disampaikan oleh En. Tan Chun Chuang, Pengarah Eksekutif, Multigreen Life Sdn. Bhd. Syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur ini telah membangunkan sebuah makmal khusus untuk aktiviti kultur tisu di Johor dan kini mereka menjadi peneraju utama didalam membekalkan anak-anak benih bermutu tinggi melalui teknologi tersebut.
En. Tan turut berkongsi maklumat mengenai cara dan kaedah terbaik bagi penanaman nanas MD2. Beliau turut menerangkan mengenai jenis tanah, penggunaan baja dan kaedah kawalan tanaman yang mereka praktikan. Sesi berjalan rancak dengan pelbagai soalan yang dilontarkan oleh para peserta yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut. En. Tan juga memberikan beberapa tips mengenai penjualan nanas kepada para peserta.
Sesi diteruskan dengan pembentangan yang dilakukan oleh Hajah Latifah Bt. Ahmad, Pengurus Cawangan Agrobank, Kodiang. Beliau amat mengalakkan para penanam untuk mendapatkan pinjaman kewangan bagi menjalankan perniagaan bagi membolehkan mereka bersaing dan mengeluarkan hasil yang terbaik, standing dengan penanam di luar negara. Sesi ini juga mendapat perhatian yang cukup baik dari peserta yang berterusan bertanyakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agrobank.
Perasmian penutupan seminar telah dijayakan oleh wakil YAB Menteri Besar Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Bin Salleh, Exco Kesihatan dan Pembangunan Insan. Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh gagasan Belanda Timur – Holland of the East yang diwar-warkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Dato’ Seri Ust. Azizan Abdul Razak. Beliau turut menyentuh hala tuju pertanian Negeri Kedah yang ingin mengembalikan pertanian sebagai asas pembangunan negeri Kedah. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Kedah Agro yang mengambil inisiatif membantu melengkapkan para penanam nanas Negeri Kedah dengan sumber dan maklumat penanaman terkini bagi membolehkan mereka mengeluarkan hasil dan kualiti yang standing dengan pesaing dari negara luar.
Adalah diharapkan peserta seminar nanas varieti MD2 ini akan dapat meneroka dunia pasaran antarabangsa seluas mungkin dan dalam masa yang sama dapat memperkenalkan Kedah di mata dunia.
Kedah Sejahtera!
November 13th, 2009 by PRO Kedah Agro
Penghantaran nanas ini adalah untuk tujuan promosi buah-buahan Malaysia ke pasaran eropah amnya dan Holland secara khusus.




November 1st, 2009 by PRO Kedah Agro
Satu RAPAT untuk semua kakitangan Kedah Agro Holdings telah berjaya disempurnakan. RAPAT ini bermula dari 30hb Okober dan berakhir pada 31hb Oktober 2009.
RAPAT ini telah menggabungkan kesemua kakitangan dari enam buah anak syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Kedah Agro.





Semoga program RAPAT Kedah Agro ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan wargakerja disamping meningkatkan lagi produktivi seterusnya mengangkat kualiti kerja ke peringkat yang lebih tinggi.
Jabatan Perhubungan Awam Kedah Agro HoldingsNovember 1st, 2009 by PRO Kedah Agro


Pada 29hb Oktober 2009 yang baru lalu, Pengarah Urusan Kedah Agro Cashcrop Sdn. Bhd., Hj. Yaacob Awang Ahmad dan isterinya, Puan Kartini Rosely telah selamat berangkat ke Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, fardhu haji.
Ketua Eksekutif Kumpulan Kedah Agro, Haji Mohd Anuar Tahir dan pengurusan kanan Kedah Agro telah hadir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kepala Batas, Alor Setar untuk menghantar beliau.
Seluruh warga Kedah Agro mengucapkan selamat jalan serta memperolehi haji mabrur sekembalinya nanti.
Sepanjang pemergian beliau, tugas-tugas Pengarah Urusan Kedah Agro Cashcrop akan dipangku oleh Ketua Eksekutif Kumpulan sendiri, iaitu Tuan Haji Mohd Anuar Tahir sendiri. Untuk maklumat lanjut berkaitan Kedah Agro Cashcrop, pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Tuan Hasnida bt. Ludin, Pengurus Kedah Agro Cashcrop.
Jab. Perhubungan Awam Kedah Agro Holdings Berhad