October 8th, 2009 by admin







Kedah Agro Holdings Berhad merupakan salah sebuah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala aktiviti perniagaan bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah dalam perkara bersangkutan dengan bidang agro dan aqua. Sehubungan dengan itu, bagi projek-projek berkaitan penternakan ikan laut, anak syarikat Kedah Agro yang bertanggungjawab untuk menguruskannya ialah Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd.
Bagi menjayakan cita-cita Kerajaan Negeri dalam bidang akuakultur, maka Ketua Eksekutif Kumpulan Kedah Agro, HJ. Mohd Anuar Tahir baru-baru ini dengan lafaz Bismillah, telah melepaskan anak-anak ikan Kerapu Harimau di sangkar laut terbuka milik Kedah Agro di Pulau Simpang Tiga, Pulau Langkawi.
Pulau Langkawi merupakan destinasi yang terbaik untuk pembiakan Kerapu kerana kualiti air dan persekitarannya yang tidak tercemar dan terselamat dari ribut taufan. Disamping itu, khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Perikanan amat menyokong perkembangan pembangunan industri aqua di negeri Kedah.
Anak-anak ikan berjumlah 25 ribu ekor ini akan dipelihara didalam sangkar –sangkar milik Kedah Agro dan akan dipantau tumbesaran serta perkembangannya oleh tim Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd. sendiri yang diketuai oleh Pengurus Projek Sangkar Laut Terbuka Kedah Agro, En. Shazwan Azha.
Rasional pemilihan Ikan kerapu harimau, (scientific name) atau lebih dikenali sebagai Tiger Grouper ini adalah kerana ia merupakan antara spesis kerapu yang paling senang untuk dibiak serta mempunyai permintaan pasaran yang tinggi. Ikan ini boleh membesar sehingga 6.7 cm dan mencapai berat 3kg..
Ikan-ikan ini akan mula dipasarkan dalam tempoh 6 bulan.
Kedah Agro mengalu-alukan para pelabur dan pihak yang berminat untuk melabur dalam bidang aqua di negeri Kedah.
Ikan, Kedah, Kedah Agro, Kedah Agro Aquaculture, Kerapu Harimau, Malaysia, Sangkar Laut Terbuka, Tiger Grouper