Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

Mempelam Sala From Perlis Now Called ‘Perlisunshine’

June 29th, 2009 by admin

KANGAR, June 28 (Bernama) — Mempelam sala from Perlis is now called Perlisunshine in line with efforts to commercialise the commodity in the international market.

Perlis Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu who gave the state’s mempelam sala the brand, said that presently, the commodity received high local demand and had penetrated the Singaporean and Indonesian markets.

According to the Federal Agricultural Marketing Authority (Fama), 36,417 metric tonnes of mempelam sala were marketed to Singapore last season while its market in Indonesia was still small.

Since early this year, Fama has marketed 293,250 kilogrammes of Perlis’ mempelam sala to Johor, Penang, Kedah, Melaka, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan and Kuala Lumpur.

Dr Md Isa was met at the Perlis agriculture exposition in Dataran Datuk Sheikh Ahmad here today.

Mempelam sala grower Abdul Wahab Ahmad, 72, said he welcome the branding for the purpose of commercialisation “but for the time being, let us call it sala”.

– BERNAMA

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Hari Terakhir Ahmad Erwan Shah

June 28th, 2009 by admin

Pelatih kami dari UTM Skudai ini telah berjaya menamatkan Latihan Industrinya selama tiga bulan dengan penuh jayanya dan penuh debaran.

Kami percaya beliau telah dapat memenuhi keperluan latihannya yang disasarkan serta mendapat beberapa nilai tambah dan maklumat jitu dari lapangan.  Sejak dari hari pertama hinggalah ke hari terakhir beliau telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik dan teratur.

Cumanya beliau agak pendiam dan pemalu, kalau nak duduk dalam bidang pemasaran kena lebih banyak bercakap dan kurangkan pemalu kucing tu.

Kami di Kedah Agro mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam semua lapangan yang diceburinya.

Share/Save/Bookmark

, , , ,

Pertemuan Sinergi diantara Herba Perubatan Al Wahida (HPA) dan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB)

June 26th, 2009 by admin

 

Pertemuan ini berlangsung di Pejabat HPA Cawangan Shahab Perdana.  Ianya telah dihadiri oleh pengasas dan Pengerusi HPA sendiri, Haji Ismail Ahmad manakala di pihak KAH, ianya diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif sendiri, Haji Anuar Tahir.  Hadir sama ialah Pengarah Urusan Kedah Agro Livestock, Haji Abdullah Osman, Pengurus Besar Kumpulan Kedah Agro, En. Wan Kharizal Wan Khazim dan Pengurus Perhubungan Awam Kedah Agro, En. Mohd Shahrulazilan Said.

Antara Pegawai Kanan HPA yang turut serta ialah En. Jafri Abu Bakar, Pengurus Pembangunan Perniagaan HPA Industries, En. Mohd Aminuddin Abdullah, Pegawai Khas Pengarah Urusan, En Mohd Akhir Saari, Pengurus Projek Pertanian dan beberapa pegawai lain.

Rombongan Kedah Agro Holdings telah diberikan taklimat mengenai perkembangan HPA berserta produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anak-anak syarikat dan agensinya.  Seterusnya, falsafah pembangunan usahawan ala HPA beserta misi dan visinya turut dikongsi dalam pertemuan bermakna ini. Tuan Haji Ismail mengulas dengan panjang lebar konsep “HPA = Halal dan Halal = HPA”. 

Dalam pertemuan ini beberapa kesepakatan telah dapat dicapai dan ruang berserta peluang untuk kedua-dua belah pihak berkerjasama kini terbentang luas.

Tamat sesi perbincangan, kami dijamu dengan hidangan set ayam goreng HPA di Radix Fried Chicken, Shahab Perdana.  Hidangan enak ini diselitkan juga dengan minuman herba Radix, Radix Kola dan produk Aiskrim Toyyibah.

Semoga pertemuan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , ,

Lawatan Kerja ke Sabah - Keningau dan Kota Kinabalu

June 24th, 2009 by admin

Rombongan Lawatan Kerja Kedah Agro Holdings ke Sabah terdiri dari Hj. Mohd Anuar Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Holdings, Hj. Abdullah Osman, Pengarah Urusan Kedah Agro Livestock dan En. Wan Kharizal Wan Khazim, Pengurus Besar Kumpulan Sumber Manusia & Operasi.  Turut serta ialah Ybhg. Dr. Abdul Razak dari Jabatan Veterinar Negeri Kedah. 

Rombongan ini telah berpeluang untuk melawat Ladang Penternakan Lembu milik seorang usahawan tempatan di Keningau.  Meninjau pengalaman beliau yang memulakan penternakan dengan 4 ekor lembu dan kini jumlahnya adalah sebanyak 4000 ekor.

Rombongan juga telah mengadakan kunjungan ke sebuah syarikat pembuat minuman dan produk tenusu di Kota Kinabalu bagi meninjau teknologi dan kaedah pembuatan yang digunakan

 

 

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , ,

Majlis Makan Malam Sekalung Budi Segunung Harapan Muassasah Darul Ulum di Seri Mentaloon

June 21st, 2009 by admin

 

 

Muassasah Darul Ulum merupakan antara institusi pengajian agama swasta yang menawarkan pengajian di tiga peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi yang terulung di Negeri Kedah ini.  Ditubuhkan 12 tahun yang lalu, kini Muassasah Darul Ulum mampu berdiri teguh menjadi penanda aras bagi keunggulan pendidikan Islam di peringkat swasta di Negeri Kedah.

Objektif Muasassah Darul Ulum digariskan adalah seperti berikut:-

1. Melahirkan para ulama yang mampu mendokong dan melaksankan Islam sebagai cara hidup, serta mampu menangkis pakatan jahat musuh Islam dari dalam dan luar negara.Pada Majlis yang dinamakan sebagai Malam Sekalung Budi Segunung Harapan ini, Kedah Agro Berhad telah menaja satu meja bagi menyerikan lagi majlis makan malam ini.

2. Menyedia dan melahirkan pemimpin Islam yang mampu menangani isu agama dan isu semasa.

3. Menyediakan kemudahan belajar di peringkat tinggi bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

4. Menyediakan kemudahan bagi tujuan imbangan pendidikan di sekolah-sekolah agama/bukan agama di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.

 

YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman dalam ucapannya menyentuh tentang saat permulaan penubuhan Muassasah Darul Ulum 12 tahun dahulu.  Beliau berkongsi kepayahan dan halangan yang dihadapi namun berkat kesabaran dan kesungguhan pendukungnya, maka kini berdirilah Muassasah Darul Ulum ini seperti adanya pada hari ini.

YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim telah menyampaikan satu ucapan yang cukup baik yang menyentuh hati dan nurani setiap yang hadir.  Tuan Guru menyatakan tentang satu Kertas Kerja yang disediakan oleh ALlah SWT yang dinamakan Syurga dan Neraka.  Manusia akan diadili dan bagi yang melakukan amal kebajikan mereka akan diganjari Syurga dan bagi mereka yang khianat dan bersekongkol dengan kejahatan maka Nerakalah tempat pembalasannya nanti.

 

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , ,

« Previous Entries

RSS Feed