Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

Produk Makanan IKS dapat sambutan

May 26th, 2009 by admin

SIK: Produk makanan yang dihasilkan oleh peserta industri kecil dan sederhana (IKS) melalui inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di daerah ini sejak dua tahun lalu semakin mendapat sambutan di pasaran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata sejak dilancarkan pada 2007, produk hiliran yang dihasilkan oleh usahawan tani di sini semakin menempa nama.

Katanya, ada 40 usahawan IKS menyertai projek berkenaan yang mana mereka menghasilkan pelbagai jenis makanan, termasuk serunding, bebola ikan, bebola ayam, bebola daging dan nuget selain penternakan ikan hiasan, puyuh, lembu dan kambing.

“Produk mereka sudah dapat menembusi pasaran di luar Kedah dan ia membuktikan sektor itu berpotensi jika diusahakan secara tersusun”.


“Kementerian memantau rapi projek ini bagi memastikan ia terus berjalan dan dapat dikembangkan”.

“Kerajaan akan memberi bantuan sewajarnya, termasuk bimbingan dan khidmat nasihat supaya mutu produk dapat ditingkatkan dan terus meneroka pasaran lebih luas,” katanya selepas mengadakan lawatan di sini, kelmarin.


Dalam lawatan itu, Mohd Johari turut dibawa melawat pusat pengeluaran serunding di Perumahan Beris Jaya dan pusat ternakan ikan hiasan Bendang Man.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Datuk Mohd Mokhtar Ismail.

Mohd Johari berkata, usahawan di situ yang menghadapi masalah akan diberikan bimbingan supaya mereka dapat terus berdikari.

Katanya, kementerian itu juga akan membantu usahawan Bumiputera terbabit mendapatkan sijil halal supaya produk mereka dapat dipasarkan lebih meluas.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090526083208/Article/index_html

Share/Save/Bookmark

, , , ,

4 Estet Padi baru di Kedah, Perlis tingkat pengeluaran

May 26th, 2009 by admin

Ridzuan Ahmad
bhnews@bharian.com.my

250 petani terbabit dalam projek disertai PPK dan Mada

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) mewujudkan empat estet padi baru membabitkan kawasan seluas 380 hektar di Kedah dan Perlis dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran padi di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata empat estet baru itu diwujudkan di setiap wilayah Mada iaitu di Kampung Bohor Rotan Pahit di Perlis (63 hektar) dan Kampung Masjid Kuala Sungai (79 hektar), Kampung Jelai (153 hektar) dan Kampung Batu 14 (85 hektar) di negeri ini.

Beliau berkata, kira-kira 250 petani terbabit dalam projek estet padi itu selain pembabitan sepenuhnya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Mada sendiri.

Katanya, keputusan mewujudkan estet baru itu adalah selaras dengan kejayaan projek perintis estet padi di Kampung Jelai yang menghasilkan keluaran tertinggi iaitu mencecah 8.2 tan sehektar.

“Jumlah keluaran pada musim ini meningkat sebanyak 51.8 peratus, berbanding tahun lalu iaitu 5.4 tan sehektar.

“Peningkatan keluaran ini adalah hasil daripada program Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara yang merencanakan pelbagai kemudahan untuk meningkat pengeluaran padi,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Mada di sini, semalam.

Mahdzir berkata, terdapat tiga komponen penting untuk meningkatkan pengeluaran padi iaitu benih berkualiti, kemudahan seperti bekalan dan jumlah air dan aspek pengurusan.

Katanya, pada musim tanaman 2009 tahap pencapaian dijangka sebanyak 84 peratus dan jumlah itu dijangka meningkat menjelang pertengahan bulan ini.

“Sambutan diterima daripada petani adalah menggalakkan dan komitmen mereka diperlukan dalam menjayakan estet padi ini,” katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090526083308/Article/index_html

Share/Save/Bookmark

, , , , , ,

Sabah & Sarawak: 5 lagi projek Agropolitan 2009

May 21st, 2009 by admin

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my

KOTA KINABALU: Lima lagi projek Agropolitan bernilai RM370 juta akan dilaksanakan di negeri ini tahun ini dan tahun depan melalui program Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang mensasarkan 5,500 Ketua Isi rumah Miskin Tegar (KIRMT).

Sekarang ada dua projek Agropolitan penanaman kelapa sawit, iaitu di Bengkoka, Pitas dan Batu Layar, Pulau Banggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata projek Agropolitan Kota Belud bagi penanaman getah akan dilaksanakan di kawasan seluas 800 hektar, membabitkan Kampung Rosok/Surun dan Pintasan dengan peruntukan RM70 juta.

Selain itu, Agropolitan Pitas dilaksanakan di kawasan seluas 1,600 hektar bernilai RM120 juta.

Katanya, Agropolitan Kemabong di Kampung Kabintaluan, Tenom di kawasan 2,400 hektar dengan peruntukan RM40 juta, Agropolitan Beluran di Kampung Ulu Lingkabau bernilai RM60 juta dan Agropolitan Tongod seluas 6,000 hektar bernilai RM80 juta.

Beliau berkata, Agropolitan Kota Belud, Pitas dan Kemabong dilaksanakan tahun ini dengan kerja awal pengukuran primeter dan kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak lama lagi.

“Tanaman utama bagi semua Agropolitan itu adalah getah dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dilantik sebagai agensi pelaksana utama.

“Selain tanaman utama, Agropolitan Kota Belud turut membabitkan penternakan lembu tenusu dan pedaging dengan kos RM52.37 juta. Agensi pelaksana ialah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)/Pembasmian Kemiskinan di Wisma Innoprise, di sini semalam.

Musa berkata, bagi projek Agropolitan Beluran dan Tongod, kajian kesesuaian projek sedang dibuat.

Beliau berkata, setiap projek Agropolitan akan mempunyai kawasan penempatan penduduk dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) dilantik sebagai agensi pelaksana.

“Projek Agropolitan adalah program lonjakan mega jangka panjang bagi menyelesaikan masalah KIRMT.

“Dijangka 5,000 hingga 5,500 KIRMT akan mendapat manfaat projek ini sejajar pelaksanaan SDC. Ia tidak termasuk Agropolitan kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya.

Share/Save/Bookmark

, , , , , ,

Keli tak halal dan tak organik

May 19th, 2009 by admin

‘Kita hanya jual di luar Perak’ - Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi


SEORANG penduduk, Azmi Yunus menunjukkan salah satu kolam ternakan ikan keli yang menggunakan air kumbahan babi di sebuah kawasan dekat Ipoh semalam.




IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk ‘membersihkan’ air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

“Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi),” katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

“Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,” katanya sebelum meminta kami beredar.



Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi ‘makanan’ ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Sambutan Harijadi Nor Shafareena Saadin

May 19th, 2009 by admin


Wacana Isnin 18hb Mei 2009 diserikan lagi dengan Majlis Sambutan Harijadi Nor Shafareena yang jatuhnya pada 14hb Mei yang lalu.  Kali ke berapa tak boleh dimaklumkan.. biarlah rahsia.

Keluarga besar Kedah Agro Holdings Berhad mengucapkan selamat panjang umur dan murah rezeki buat Eena.  Semoga usia yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi agama, bangsa dan negara.

Moderator, Pucuk Hijau

Share/Save/Bookmark

, , ,

« Previous Entries

RSS Feed