Lawatan ke Stesen Penyelidikan Mangga, Kuala Sala
April 30th, 2009 by admin

YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Dato Seri Ust. Azizan Abd. Razak telah sudi meluangkan masa untuk melawat Stesen Penyelidikan Mangga Kuala Sala yang terletak dibawah kendalian Jabatan Pertanian Negeri Kedah pada 30hb April yang lalu.
Dalam lawatan ini, YAB Menteri Besar telah diberikan taklimat mengenai klon-klon mangga yang terdapat didalam kawasan penyelidikan ini serta bagaimana proses penanaman dan kawalan tumbuhan tersebut dilakukan. Mereka yang hadir turut berpeluang untuk menjamu selera dengan buah mangga yang dihidangkan.
Kehadiran YAB Menteri Besar menunjukkan komitmen beliau terhadap usaha untuk membantu para penanam mangga di seluruh negeri Kedah memasarkan buah-buahan mereka ke pasaran dengan lebih gigih lagi.
Haji Mohd Anuar Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Holdings, Haji Yaacob Awang Ahmad, Pengarah Urusan Kedah Agro Cashcrop dan En. Wan Kharizal Wan Khazim, Pengurus Besar Kumpulan Kedah Agro, Operasi dan Sumber Manusia telah hadir mewakili Kumpulan Kedah Agro Holdings Berhad.










