Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431
- No Comments »
- Posted in Staf KAHB
June 30th, 2010 by admin
Kedah Agro telah mengorak langkah kehadapan sekali lagi dengan termetrainya perjanjian Memorandum Persefahaman tiga pihak diantara Kedah Agro Biotech Sdn Bhd., Orchid Life Sdn. Bhd. dan KBiocorp Sdn. Bhd. di Kulim Hitech Park semalam.
Majlis bersejarah ini disaksikan oleh YB Dato Ir. Haji Amiruddin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Perjanjian ini juga memperlihatkan kesediaan ketiga-tiga pihak untuk sama-sama membangunkan industri “agribiotechnology” yang bakal melibatkan pembinaan makmal tisu didik, pemilihan baka terbaik, tapak semaian dan nurseri serta beberapa aspek lain yang berkaitan termasuk penyelidikan dan pengembangan demi memajukan serta merancakkan lagi industri asas tani di bumi Kedah ini.
Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. telah diwakili oleh Pengurs Besar Kumpulan, En. Wan Kharizal Wan Khazim, manakala Orchid Life Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Abdul Razak Mohd Isa, Pengarah Urusan dan Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd. diwakili oleh Presidennya, Haji Mohd Sobri Osman. Saksi bagi Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. ialah Puan Zuraini Ab. Ghani.
Semoga usahasama ini bakal menghasilkan kejayaan seperti yang disasarkan dan diberkati Allah.
May 3rd, 2010 by admin
Pucuk Hijau mengalu-alukan penyertaan Ir. Mohamad Asri bin Pazil, Pengurus Projek di Kedah Agro Livestock Sdn. Bhd. ke keluarga besar Kedah Agro Holdings Berhad.
Beliau telah berumahtangga dengan seorang pensyarah di sebuah Kolej Matrikulasi di Changlun dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata. Beliau yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Jentera ini telah berkhidmat selama hampir 21 tahun di Sime Tyre dan turut terlibat aktif dialam persatuan Jurutera Malaysia.
Selamat Datang!
March 7th, 2010 by PRO Kedah Agro

Kedah Agro telah diwakili oleh Pengurus Perhubungan Awamnya, En. Mohd Shahrulazilan ke Ekspo Ke rjaya anjuran Unit Kerjaya dan Unit Kaunseling USM.
Kedah Agro telah membawa tajuk - “Industri Agrotani Menanti Anda” untuk dikongsi bersama adik-adik mahasiswa USM. Latarbelakang dan perkembangan terkini Kedah Agro telah dimaklumkan terutamanya didalam usaha-usaha membantu para petani dan orang kampung seperti projek penternakan Ikan Keli, pusat pengumpulan buah-buahan dan memperkasa pertanian organik. Dasar dan halatuju pertanian Negeri Kedah kearah Kedah Sejahtera juga turut dikupas dan dibentangkan.
Sesi soal jawab juga rancak dengan pelbagai soalan yang telah diajukan kepada penceramah. Kedah Agro mendoakan agar semua peserta tahun akhir yang hadir didalam program tersebut mendapat tempat kerja yang bersesuaian dengan bakat dan kelulusan mereka.
PRO Kedah Agro
March 4th, 2010 by admin
Kedah Agro Holdings telah membuka “booth” di Pesta Kesenian Islam 2010.
Pesta ini turut memuatkan Pameran Artifak Islam Turki yang terdiri daripada pelbagai gambar-gambar mengenai peninggalan Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiien.
Pesta yang mendapat sokongan dari Kerajaan Turki dan Kerajaan Negeri Kedah ini merupakan yang julung-julung kali diadakan dinegeri Kedah Darul Aman ini.
Mai jangan tak mai…