Pucuk Hijau - Blog Kedah Agro Holdings

Kedah Agro Biotech tandatangan memorandum persefahaman

June 30th, 2010 by admin

Kedah Agro telah mengorak langkah kehadapan sekali lagi dengan termetrainya perjanjian Memorandum Persefahaman tiga pihak diantara Kedah Agro Biotech Sdn Bhd., Orchid Life Sdn. Bhd. dan KBiocorp Sdn. Bhd. di Kulim Hitech Park semalam.

Majlis bersejarah ini disaksikan oleh YB Dato Ir. Haji Amiruddin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.  Perjanjian ini juga memperlihatkan kesediaan ketiga-tiga pihak untuk sama-sama membangunkan industri “agribiotechnology” yang bakal melibatkan pembinaan makmal tisu didik, pemilihan baka terbaik, tapak semaian dan nurseri serta beberapa aspek lain yang berkaitan termasuk penyelidikan dan pengembangan demi memajukan serta merancakkan lagi industri asas tani di bumi Kedah ini.

Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. telah diwakili oleh Pengurs Besar Kumpulan, En. Wan Kharizal Wan Khazim, manakala Orchid Life Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Abdul Razak Mohd Isa, Pengarah Urusan dan Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd. diwakili oleh Presidennya, Haji Mohd Sobri Osman.  Saksi bagi Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. ialah Puan Zuraini Ab. Ghani.

Semoga usahasama ini bakal menghasilkan kejayaan seperti yang disasarkan dan diberkati Allah.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Kedah Agro Biotech memasyarakatkan pertanian organik di Kampung Telaga Batu

May 18th, 2010 by admin

peserta sedang diberikan taklimat

bahan-bahan yang disediakan oleh peserta

membuat campuran bahan-bahan kedalam air

peserta sedang mempelajari campuran kompos menggunakan EM

mengaul baja kompos

menutup bekas pemeraman EM

peserta bergambar ramai

Program Memasyarakatkan Pertanian Organik melalui Bengkel Pembuatan Baja EM (Effective Microorganisme) dibawah kelolaan Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. pada 15 Mei 2010 yang lalu bertempat di Kampung Telaga Batu, Sik, Kedah merupakan siri kelima yang telah dianjurkan.

Bengkel Pembuatan EM ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang mempunyai latarbelakang mengendalikan kebun dan mengusahakan pelbagai jenis tanaman.

Seperti kursus-kursus yang lepas, para peserta dikehendaki meyediakan bahan-bahan asas pembuatan EM yang terdiri dari hasil tanaman yang tidak boleh digunakan dan yang terdapat di kawasan sekeliling mereka. Bahan-bahan ini akan diproses semula dan bakal diberi nilai tambah apabila ianya siap menjadi EM nanti.

Bengkel Pembuatan Baja EM kali ini agak unik dari segi lokasinya kerana ianya dilakukan berhampiran rumpunan buluh dan berdekatan dengan anak sungai. Rumpunan buluh merupakan lokasi yang amat sesuai untuk proses pembuatan EM kerana dipersekitarannya terdapat pelbagai lactobacillus yang boleh digabungkan dalam penghasilan EM.

Kalau tiada aral melintang, pada 15 Jun 2010 nanti, kita akan melihat hasil produk EM dari Kampung Telaga Batu ini, EM Sayuran, EM Buahan, EM Penghalau Serangga dan Baja Kompos EM.

Nur Syahirah Azizan, Pelatih GEMS

Share/Save/Bookmark

, , , ,

Temui Kedah Agro di Pesta Kesenian Islam 2010 di Kolej Universiti Insaniah Malaysia, Alor Setar, Kedah

March 4th, 2010 by admin

 

Kedah Agro Holdings telah membuka “booth” di Pesta Kesenian Islam 2010.

Pesta ini turut memuatkan Pameran Artifak Islam Turki yang terdiri daripada pelbagai gambar-gambar mengenai peninggalan Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiien.

Pesta yang mendapat sokongan dari Kerajaan Turki dan Kerajaan Negeri Kedah ini merupakan yang julung-julung kali diadakan dinegeri Kedah Darul Aman ini.

Mai jangan tak mai…

Share/Save/Bookmark

, , ,

Kursus EM ke 2 di perkarangan Masjid Kg. Sungai Kechil Hulu, Bandar Baharu, Kedah

February 21st, 2010 by admin

Alhamdulillah.

Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd. telah menyemarakkan lagi kempen “Memasyarakatkan Pertanian Organik” dengan sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Pembuatan EM-Kaedahan Penghasilan & Perlaksanaan.

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta termasuk ibu-ibu yang datang bersama anak-anak mereka.  Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang Pengarah anak-anak syarikat Kumpulan Kedah Agro.  YB Adun Bandar Baharu, Hj. Yaakub Hussein telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan pembukaan majlis ini.

Peserta yang datang dari pelbagai latarbelakang telah bersama-sama terlibat didalam menyediakan bahan seterusnya menyiapkan kerja-kerja pembuatan EM ini dengan cukup baik.  Pelbagai soalan telah dikemukakan oleh peserta dan semuannya telah dijawab oleh jurulatih EM Kedah Agro.

Pihak Kedah Agro akan kembali lagi dalam jangkamasa 3-4 minggu bagi memantau EM yang dihasilkan.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Selamat Menyambut Tahun Harimau

February 12th, 2010 by admin

Share/Save/Bookmark

, , , , , ,

« Previous Entries

RSS Feed